Thursday, June 27, 2019

IMAM MOHAMED SAID RAMADAN AL-BOUTI: DALAM KENANGAN

22 November 2018


Alhamdulillah, dalam menghadapi waktu 'crucial' musim submission assignment sempat juga menghabiskan sebuah buku bertajuk 'Imam Mohamed Said Ramadan al Bouti: Dalam Kenangan' oleh Tim Intelektual Muda. Buku ini ringkas sahaja tidak sampai 130 muka surat sarat dengan biodata, karya serta pemikiran berkaitan Imam al Bouti.

Serba ringkas biodata beliau:


Nama: Mohamed Said Bin Mulla Ramadan al Bouti
Lahir: Sebuah perkampungan di Turki bernama Jilika yang terletak di semenanjung butan mengikut bahasa kurdi manakala di dalam bahasa arab bernama semenanjung ibnu umar pada tahun 1929.
Bapa: Sheikh Mulla Ramadan merupakan seorang alim ulama mazhab syafie.
Ibu: bernama Manji tetapi meninggal dunia ketika berhijrah dari Turki ke Dimasyq ketika pemerintahan Mustafa Kamal Ataturk.
Peristiwa menarik: Selepas seminggu, Sheikh al bouti berkahwin, Sheikh Mulla Ramadan bermimpi didatangi oleh Rasulullah dan para sahabat untuk mengucapkan tahniah atas perkahwinan tersebut. Ini juga sebagai petanda bahawa kehidupan Sheikh al bouti akan dipimpin dengan cahaya kenabian.

Pendidikan:
-selesai menghafal Quran bersama seorang ustazah dalam masa 6 bulan ketika berumur 6 tahun.
-Sheikh al bouti mendapat pendidikan awal dalam bidang fiqh, tasawuf, lughah dan aqidah daripada Sheikh Mulla Ramadan sendiri.
-Sheikh Bouti mendapatkan pendidikan formal di sekolah persendirian Zaqaq al Qarmani belajar agama, bahasa arab, matematik dan ilmu-ilmu lain.
-Sheikh al Bouti juga mempelajari agama daripada seorang ulama besar bernama al Allamah Hassan Habanakah al Maydani di masjid bernama Jami' Manjak at Tawjiyyah al Islami kemudian berkembang menjadi maahad bernama Maahad Tawjiyyah al Islami.
-Tamat di Maahad, Sheikh al bouti menyambung pendidikan ijazah Syariah dan diploma pendidikan di Universiti al Azhar. Kemudian melanjutkan pengajian hingga PhD dalam bidang syariah juga.

Kerjaya
-Tamat pendidikan ijazah beliau bekerja sebagai guru.
-pada tahun 1960, Sheikh al bouti diterima sebagai pensyarah di Universiti Dimasyq sehingga beliau meninggal dunia.
-Dilantik sebagai Professor Perbandingan Mazhab dan juga Professor dalam bidang akidah dan menjadi Ketua Jabatan Akidah dan Agama.
-Menjadi AJK Royal Society of The Islamic of Civilization Researches, Amman dan High Council of Oxford Academy, England.
-Presiden Kesatuan Ulama Syria.

Mempunyai 70 karya tetapi yang menjadikan Imam al Bouti diangkat ialah disebabkan karya beliau bertajuk Fiqh Sirah sehingga mendapat Anugerah Buku terbaik dari kerajaan Mesir.

Antara anak murid beliau:
1. Syeikh Mustafa al Bugha
2. Syeikh Muhammad Az Zuhaily
3. Sheikh Abdul Satar Abu Ghudah
4. Sheikh Nuruddin Itr
5. Sheikh Nuh al Qudah
6. Sheikh Nuziyah Hamad
7. Syeikh Badi' As Sayyid al Laham
8. Sheikh Mahmud al Bakhit
9. Sheikh Faruq Hamadah
10. Sheikh Muhammad Tawfiq(Anak Imam al Bouti).

#Bibliophilia